RUU355: PKR, DAP, Amanah, Bersatu Bersepakat Menolak

November 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

mahathir_ruu355

Semua parti-parti komponen Pakatan Harapan, hari ini bersetuju secara rasmi menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang bertujuan memperkasakan sistem Mahkamah Syariah.

Oleh kerana itu, semua wakil rakyat Pakatan Harapan, termasuk 2 yang mewakili parti Warisan Sabah, akan menolak RUU tersebut pada saat ia dibentang untuk mendapat kelulusan nanti.

Tujuan penolakan ini tidak pula dinyatakan tapi dipercayai ia ada kaitan dengan prinsip  Pakatan Harapan yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta sistem 1 negara 2 undang-undang yang diamalkan di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mula sekali menimbulkan kekeliruan ini dengan mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam di Parlimen pada tahun 2000, dikhabarkan sudah pun menyatakan kekesalannya dan berhasrat untuk menarik balik pengisytiharan tersebut pada bila-bila masa dari sekarang.

Mungkin beliau berasa bertanggungjawab kerana pengisytiharan tersebut telah membawa kepada pembentangan RUU355 oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar