‘Terserah Pada Parti Pilih Calon’

November 30, 2016 by Caspian

Category: politik

‘Terserah pada parti pilih calon’

 

Umno Bahagian Ampang menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan memilih mana-mana calon yang bakal bertanding di kerusi itu pada PRU14.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pihaknya tidak boleh menghalang sesiapa yang ingin menjadi wakil rakyat, namun Umno dan BN mempunyai polisi serta prosedur kriteria seorang calon.

“Kami tiada masalah dalaman, kami sudah berikrar, sesiapa yang terpilih, asalkan mereka itu betul-betul daripada Umno, kita akan sokong habis-habisan kerana mereka adalah sebahagian daripada Umno,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Hi-Tea bersama media, di sini.

Menurutnya, perpaduan Umno Bahagian Ampang semakin utuh serta bersedia menggalas tanggungjawab untuk merampas semula kerusi Parlimen Ampang daripada pembangkang pada PRU nanti.

Dalam perkembangan sama, Ismail bersikap terbuka terhadap laporan berita pengamal media.

“Andai kata kami tidak betul atau memberi perkhidmatan yang rakyat tidak gemar, tuan-tuan (media) boleh memberi komen tentang kelemahan yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata, laporan mengenai ‘kelemahan’ itu juga boleh dijadikan rujukan untuk memperbaiki prestasi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar