DAP: Beranikah PM Dedah Sebab Gani Dihentikan

December 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Jika benar bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan khidmatnya sebagai Peguam Negara atas sebab kesihatan, masakan beliau mampu hadir majlis pentauliahan oleh Majlis Peguam baru-baru ini?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang sambil berkata, Abdul Gani kini menyertai firma guaman, Gani Patail Chambers, sekaligus, membuktikan beliau mampu berkhidmat sebagai peguam.

Malah, kata Lim, beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

“Bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong turut mengatakan dalam ucapannya bahawa Gani berada dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk menjadi peguam,” kata Lim, memetik laporan Roketkini.

Seminggu yang lalu, Abdul Gani yang dilucutkan jawatannya sebelum umur persaraan diterima masuk sebagai peguambela dan penguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Abdul Gani kelihatan sihat dan bertenaga apabila beliau hadir dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O’Hara.

Abdul Gani jarang membuat penampilan selepas ditamatkan perkhidmatannya pada 27 Julai 2015, di tengah-tengah kemuncak kemelut 1MDB.

Mengulas lanjut, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata, justeru, alasan kesihatan yang diberikan oleh Putrajaya untuk menamatkan khidmat Abdul Gani bukanlah sebab sebenar.

“Tidak berkata benar mengenai pemecatan beliau sebagai Peguam Negara adalah tidak bermoral dan langsung tidak boleh diterima.

“Beranikah Perdana Menteri memberitahu rakyat Malaysia sebab sebenar Gani ditamatkan khidmatnya dalam ucapan tahun barunya nanti?” soal Lim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263329Total visitors:
  • Skip to toolbar