‘Kalau Betul BR1M Bukan Rasuah…’

December 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Mahfuz Omar

Sekiranya benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, maka rakyat berhak menolak undi Umno dan BN pada PRU nanti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, BN tidak perlu menghasut rakyat untuk menolak pembangkang sekiranya BR1M bukan diberi bagi tujuan rasuah.

“Pakat nafi BR1M bukan rasuah. Pada hal waktu nak bagi BR1M mula-mula dulu semua penerima kena tadah telinga dengar ceramah kempen pemimpin Umno merayu minta undi BN.

“Jika BR1M bukan rasuah dan BN pun tidak menagih untuk mengharapkan undi dari penerima BR1M, amatlah sesuai untuk penerima BR1M tidak undi BN dalam PRU14 nanti,” ujar Mahfuz sinis menerusi satu kenyataan.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘BR1M umpan raih sokongan rakyat’]

Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar