Kerusi PRU14: Kenyataan Hanya Pendapat Peribadi

December 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Mohd Anuar Tahir

Amanah menyifatkan kenyataan dua pemimpinnya mengenai jumlah kerusi yang parti itu akan bertanding pada PRU14 sebagai pendapat peribadi.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, ini kerana Pakatan Harapan dan Bersatu belum membuat keputusan.

“Kita masih belum buat perbincangan teknikal kerana masih ada yang bercuti. Kita jangkakan mesyuarat berlangsung bulan depan,” katanya.

Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, beliau berkata, 40 kerusi itu adalah perkiraan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam itu terhadap kemungkinan kerusi yang memberi kemenangan terhadap Amanah.

“Ia merangkumi kerusi yang ditandingi PKR, DAP, Umno, Pas dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayob yang mengatakan parti itu tidak akan bertanding di kerusi sekutunya adalah prinsip yang diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

Mohd Anuar berkata, Pas ketika berada dalam Pakatan Rakyat telah melanggar prinsip itu dengan meletakkan calonnya di beberapa kerusi.

“Kita tak lakukan sebagaimana Pas buat,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar