Kunci: Anina Hanya Cakap Besar, Mukhriz

December 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

Bekas Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin hanya bercakap besar bila mendakwa mempunyai kunci kepada rahsia besar yang boleh menghancurkan parti Bersatu.

Mana mungkin seorang ahli Jawatankuasa tertinggi biasa (dilantik bukan dipilih pun) mampu secara bersendirian melumpuhkan sebuah parti sebesar dan sepopular Bersatu yang mempunyai berjuta-juta ahli?

Bak kata Tun Mahathir, pemimpin datang datang dan pergi tapi parti kekal selamanya.

Lagipun tidak ada apa yang ditakutkan kerana Bersatu ditubuhkan semata-mata untuk rakyat dan demi rakyat, tidak ada tujuan lain.  Apa nak rahsia-rahsia dengan kunci sehingga kononnya ada ledakan dan sebagainya pulak.

Semua itu hanya wujud dalam fantasi Anina yang sebetulnya kecewa kerana tidak dilantik Ketua Srikandi Bersatu.

Bersatu tidak gentar dengan ugutan Anina dan mencabarnya mendedahkan apa juga kunci yang konon dipegang olehnya dan boleh menghancurkan Bersatu itu.  Tidak ada siapa yang takutlah, Anina bukan besar mana sangat pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar