Kasino Di Komtar Mampu Tingkat Industri Perlancongan Penang

January 11, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Rancangan untuk membina kasino di tingkat 62 bangunan Komtar Penang yang heboh diperkatakan sekarang ini, jika benar sekalipun, adalah diyakini bertujuan untuk meningkatkan antara lain industri perlancongan di negeri tersebut yang sekian lama dikenali sebagai syurga makanan.

Kasino yang dikatakan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat perjudian terkemuka di negara ini itu, bakal memudahkan rakyat Penang dan sekitarnya untuk berjudi secara sah, tanpa perlu pergi ke tempat lain seperti Singapore dan sebagainya.

Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa pembinaan kasino ini adalah kerjasama antara pihak swasta dan pihak swasta yang lain memandangkan sebahagian besar bangunan di Komtar telah disewakan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat, The Top Komtar selama 70 tahun.

Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mengkormersialkan kawasan tersebut serta menjana keuntungan, kerajaan negeri tidak mampu untuk masuk campur selagi sewa dibayar.

Lagipun khabarnya, kasino di Komtar ini hanya untuk sementara sahaja.  Bangunan tetap akan dibina di satu kawasan berhampiran dengan Bukit Bendera, menurut sumber yang tahu mengenai perkara ini.  Kerajaan negeri, mahupun The Top Komtar, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 367012Total visitors: