Perebutan Tiga Penjuru Jawatan Ketua Menteri Sarawak, DAP Ada Peluang?

January 12, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

 

Berita yang baru diterima menyatakan sedang berlaku perebutan hebat untuk jawatan Ketua Menteri Sarawak sebaik Adenan Satim meninggal dunia semalam.

Kem-kem dan pelobi dari tiga Timbalan Ketua Menteri sedia ada, serta beberapa individu lain, dikatakan telah mula memenuhi perkarangan Astana Negeri untuk mendapat perhatian Yang Dipertua Negeri, Taib Mahmud.

Adenan, dikatakan tidak meninggalkan sebarang petunjuk siapa yang bakal menggantikannya disamping tindakannya menamakan sehingga tiga Timbalan Ketua Menteri sebaik menang dalam pilihanraya negeri Mei lepas, telah memburukkan lagi keadaan.

Tiga Timbalan Ketua Menteri yang dilantik Adenan ialah, Douglas Unggah Embas yang juga dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar negeri, James Jemut Masing, yang juga dilantik Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri; dan Abang Johari Tun Openg yang memegang dua portfolio, sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi.

Daripada 3 ini, Abang Johari dan Douglas Unggah dari parti PBB yang diketuai Adenan sementara Jemut Masing dari PRS.

Melihat kepada kekanaan, Abang Johari yang juga Timbalan Presiden PBB akan dilantik sebagai Ketua Menteri tapi Abang Johari bukan mewakili masyarakat majoriti Sarawak iaitu kaum Iban berbanding Douglas dan James Masing.

Justeru timbul persoalan, mungkinkah seorang ADUN yang berkecuali dari parti DAP akan dilantik sebagai pemangku Ketua Menteri sehingga diputuskan siapa yang lebih layak untuk mengetuai negeri itu?  Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan sesiapa di kalangan ADUN sedia ada yang mendapat sokongan majoriti dewan, boleh menjadi Ketua Menteri.

Sekalipun BN mempunyai kerusi yang begitu banyak dalam DUN Sarawak, tapi masing-masing 3 Timbalan Ketua Menteri ini akan membentuk fraksi penyokong masing-masing sehingga diakhirnya berlaku perpecahan dan wakil dari Pakatan Harapan akan muncul sebagai pemenang.

Nampaknya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen ada peluang yang cerah untuk menjadi pemangku Ketua Menteri Sarawak, ini adalah berita baik bagi Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 726674Total visitors:
  • Skip to toolbar