Kenapa Mesti Kena Sebut Semula Perkara Yang Sudah Lepas?

January 31, 2017 by Caspian

Category: editor

Kebelakangan ini, ramai pihak yang mendesak Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang untuk mendedahkan sendiri hasil daripada buku tulisannya yang mendedahkan skandal BMF yang melibatkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Agak menghairankan, kenapaa timbul desakan sedemikian sedangkan buku tulisan Lim Kit Siang berkenaan sudah dihasilkan pada tahun 1984 dan 1986? Bukankah perkara berkenaan sudah lama berlaku dan sudah tidak relevan pada masa sekarang?

Menurut satu sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Gelang Patah ini, beliau jelas hairan, kenapa dirinya pula dikaitkan dengan apa yang berlaku pada waktu berkenaan sedangkan beliau hanyalah seorang Ketua Pembangkang.

Sepatutnya, pihak yang medesak beliau mendedahkan perkara berkenaan bertanya terus dengan Tun Dr Mahathir apa yang berlaku, bukan mendesak beliau mendedahkan buku yang beliau tulis hasil daripada sumber.

Lagipun, sebagai seorang pemimpin vateran, beliau melihat, adalah lebih penting berbicara tentang masa hadapan dari membuang masa mengorek kisah silam yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada negara.

Menurut sumber berkenaan, Lim Kit Siang lebih berminat untuk membicarakan penyelewengan kerajaan dari terus terheret mengimbau nostalgia silam yang pada pemikirannya, langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Bagi beliau, mengimbau kenangan silam ini adalah satu keja bodoh dan sia-sia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245918Total visitors:
  • Skip to toolbar