Kenapa Ungkit Wang Yang Sudah Hilang? Utama Wang Yang Akan Hilang – Bersatu

January 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kehilangan berbillion ringgit oleh Bank Negara Malaysia pada pertengah 90-an, telah selesai dengan perletakkan jawatan Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussin – menurut kepimpinan kanan parti Bersatu yang rapat dengan Pengerusinya, Tun Mahathir Mohammad

Sebagai orang yang mengetuai bank pusat pada waktu itu, Jaafar bertanggungjawab sepenuhnya di atas kehilangan tersebut.  Siasatan tidak perlu dijalankan kerana orang yang bertanggungjawab sudah mengaku kesalahannya dan melepaskan jawatan sebagai hukuman.

Kenyataan ini bagi membalas Twitter Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat semalam, yang seakan-akan memberi gambaran Jaafar Hussin tidak bersalah dalam skandal tersebut tapi terpaksa mengaku bersalah kerana dipaksa orang lain.

Bullshit macam manakah tuduhan seperti itu?  Bolehkan Nur Jazlan membuktikannya?

Lagipun, berbillion wang yang lesap dalam kesilapan tersebut, tidak mungkin diperolehi lagi, justeru tidak ada keperluan untuk mengungkit kisah lama yang sudah pun selesai dengan perletakkan jawatan Jaafar Hussin.

Rakyat harus bimbang dengan berpuluh billion yang akan lesap kalau Najib tidak diturunkan dalam jangka masa terdekat, bukan bimbang dengan duit yang telah lesap dan tidak mungkin diperolehi kembali.

Penjelasan ini diharap dapat menutup terus kisah ini buat selama-lamanya.  Wang yang hilang pun adalah wang kerajaan, bukan wang rakyat.  Ini berikutan tidak ada siapa di kalangan rakyat pada waktu itu yang membuat laporan polis mendakwa wang mereka hilang kerana ‘skandal’ tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar