Penarikan Saudi Aramco Tak Jejas Projek Rapid

January 31, 2017 by Caspian

Category: politik

Tidak ada kesan daripada penarikan syarikat Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) daripada projek kerjasama dengan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.

Menteri Penerangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata hal itu kerana Petronas memang membiayai sendiri projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) sejak awal.

“Aliran tunai untuk dana projek ini sehingga siap sentiasa berdasarkan hanya kepada kemampuan Petronas sendiri,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Minggu lalu dilaporkan syarikat Saudi Aramco menangguhkan rancangannya menjalin kerjasama dengan Petronas.

Khamis lalu akhbar The Wall Street Journal yang memetik sumber berkata, Saudi Aramco berpendapan projek berkenaan tidak akan menjana pulangan mencukupi untuk syarikat terbabit.

Bagaimanapun sehari kemudian Reuters melaporkan Petronas akan meneruskan projek Rapid itu dengan sasaran memulakan operasi pada 2019.

Menurut Johari, rancangan pembabitan Saudi Aramco untuk projek Rapid itu hanyalah suatu pililhan.

“Disebabkan Petronas tidak mencapai persetujuan pada sebahagian terma, justeru kedua-dua pihak memutuskan menamatkan rundingan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar