Skandal Forex: Takkan Wang Negara Hilang Pun Tun Mahathir Kena Ambil Tahu?

January 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pada era 90-an, banyak kerajaan di dunia ini yang kehilangan wang akibat pelbagai perkara.  Ini biasalah kerana kerajaan memang terlibat dalam pelbagai bentuk urusan yang melibatkan duit untuk kepentingan negara masing-masing.

Arab Saudi saja sebagai contoh ‘kehilangan’ berbilion wang negara itu dalam bentuk derma kepada negara-negara Islam di seluruh dunia sejak tahun 70-an lagi.

Pendek kata, dalam soal kerajaan kehilangan wang ini, sebab itu mungkin berbeza tapi ia berlaku pada setiap masa.  Benda biasalah senang kata.

Justeru, wajarkah Tun Mahathir dipersalahkan bila negara kehilangan berbillion ringgit dalam skandal Forex oleh Bank Negara pada era 90-an?  Memanglah beliau Perdana Menteri pada ketika itu, tapi beliau juga melantik Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Kalau semua benda Perdana Menteri nak buat, mana ada masa kerana pelbagai hal berkaitan pentadbiran kerajaan dan rakyat yang perlu dilihat.  Sebab itu ada barisan kabinet dan Menteri-Menteri dilantik untuk membantu Perdana Menteri, dalam masa yang sama melicinkan tugas yang diamanahkan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar