Zaharin Bakal Bertanding Di Parlimen Bandar Tun Razak Atas Tiket Bersatu?

February 7, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber dalaman Yayasan Kepimpinan Perdana mengesahkan bahawa Bersatu telah hampir selesai dalam rundingan pembahagian kerusi dengan komponen Pakatan Harapan, PKR untuk persediaan menghadapi PRU14 yang dijangka dalam tempoh beberapa bulan sahaja dari sekarang.

Nak diikutkan, banyaklah kejutan yang boleh dilihat dari senarai yang dipamerkan itu tapi sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah kerusi Parlimen Bandar Tun Razak – kerusi parlimen PKR yang sekarang disandang Khalid Ibrahim atas tiket Bebas setelah dibuang dari PKR pada tahun 2014.

Bersatu difahamkan bakal mempertaruhkan bekas veteran UMNO yang kebelakangan ini lebih menonjol sebagai pengkritik nombor satu Najib Razak di media sosial dan juga aktivis politik terkenal di kawasan itu, Datuk Zaharin Yassin sebagai calon parti tersebut dalam PRU14 yang akan datang.

Menarik tentang Zaharin, beliau dikatakan mendapat tawaran secara peribadi dari Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut – sesuatu yang amat jarang berlaku dalam politik negara ini melainkan individu tersebut benar-benar hebat.

Zaharin yang berpengalaman luas dalam politik sehingga pernah diamanahkan untuk memegang pelbagai jawatan penting dalam UMNO dan BN di Bandar Tun Razak, adalah  calon yang paling sesuai dan mampu mendatangkan kejutan kepada BN.

Antara lain, disebalik imej sebagai seorang ahli politik yang dianggap ‘biasa’, Zaharin sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri dalam penulisan politik, dibuktikan dengan kemampuan menarik lebih 40,000 pengikut di akaun Facebook miliknya. ┬áPada zaman hari ini, penguasaan di media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah keperluan yang wajib ada bagi setiap ahli politik selain pengalaman dan kelulusan.

Pencalonan ini sekiranya menjadi kenyataan, turut merupakan satu pengiktirafan Bersatu khasnya dan Pakatan Harapan amnya terhadap penggiat media sosial – sesuatu yang gagal dilakukan UMNO/BN selama hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1207321Total visitors:
  • Skip to toolbar