Bersatu Turut Tolak RUU355, Siapa Yang Hadir Himpunan Esok Adalah Bodoh!!

February 17, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Jurucakap Bersatu dalam satu kenyataan yang akan dikeluarkan lewat petang ini, mengesahkan bahawa parti itu menolak sekeras-kerasnya RUU355 yang bakal dibentangkan di Parlimen oleh PAS dalam sidang akan datang.

Pendirian ini adalah selari dengan kesepakatan dalam Pakatan Harapan di samping menunjukkan solidariti bagi membantah himpunan raksasa menyokong RUU355 yang akan diadakan esok.

Arahan telah dikeluarkan dan tindakan keras akan diambil ke atas mana-mana ahli Bersatu yang didapati hadir dalam himpunan menyokong RUU355 esok.  Mana-mana pihak yang terjumpa ahli Bersatu hadir dalam himpunan esok boleh menghubungi Pejabat Agung Bersatu beserta bukti supaya tindakan boleh diambil.

Kelonggaran bagaimanapun diberikan kepada petugas Bersatu yang membuat liputan.  Liputan perlu kalau himpunan gagal mencapai sasaran 200,000 orang yang disasarkan.

Himpunan ini jelas tidak mengikut perlembagaan kerana tidak melibatkan semua rakyat Malaysia, sebaliknya terhad kepada orang Islam sahaja.

Bagi mengukuhkan bantahan terhadap RUU355, Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir difahamkan akan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kerana mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada tahun 2001.

Salah faham berkaitan pengisytiharan tersebut dikenal pasti sebagai pendorong kepada kewujudan RUU355.  Setelah pengisytiharan tersebu, ramai beranggapan Malaysia adalah sebuah negara Islam bila mana banyak bukti menunjukkan kita adalah sebuah negara sekular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 392267Total visitors: