Bantah GST: Pakatan Harapan Sedia Buat Demo Di Arab Saudi

February 28, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Jika semuanya berjalan lancar, negara ini akan mendapat tambahan kuota haji dan membolehkan 30,000 orang Islam dari negara ini menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Ini adalah pertambahan hampir 8 ribu orang berbanding tahun lepas.  Jumlah yang besar dan subsidi yang akan dikeluarkan kerajaan (melalui Tabung Haji) adalah besar juga.

Tapi ada isu yang lebih besar.

Dengan Arab Saudi akan melancarkan sistem GST buat pertama kali pada tahun ini, ia juga bermaksud 30,000 orang jemaah Haji Malaysia tahun ini akan turut terbeban dengan sistem GST yang diperkenalkan Arab Saudi.

Jika ada desakan, Pakatan Harapan tidak teragak-agak untuk melancarkan siri demonstrasi membantah perlaksanaan GST di Arab Saudi pada musim haji nanti, menurut seorang pemimpin kanan Amanah yang enggan dinamakan (bimbang risiko tidak dibenarkan masuk Arab Saudi untuk menunaikan haji).

Pakatan Harapan mempunyai pengalaman melancarkan demonstrasi menyokong Bersih yang dilakukan oleh beberapa orang jemaah Umrah di Madinah beberapa tahun yang lepas.  Tidak sukar untuk Pakatan Harapan melancarkan demonstrasi yang serupa pada musim haji yang akan datang untuk membantah GST pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar