Siapa Anwar Di Pilihan Raya Umum Ke-14?

February 28, 2017 by Caspian

Category: politik

anwar Ibrahim

IA adalah perkara biasa apabila parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya untuk menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan berikutan kemenangan mereka.

Beliau yang mengetuai pilihan raya, membawa visi dan komitmen untuk partinya dan beliau juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar mengikut janji pilihan raya.

Oleh itu, penting bagi pengundi tahu hasratnya, sebelum PRU14 siapa yang akan memimpin negara sekiranya parti pembangkang memenanginya, di mana beliau yang akan menentukan nasib rakyat di masa hadapan.

Persoalannya, siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri, namun parti-parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan.

DAP dan Amanah telah mengisytiharkan secara terbuka untuk memberikan sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri di Konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang lalu.

Keputusan dibuat secara teliti selepas mengambil kira sentimen penyokong masing-masing.

Sentimen Majoriti

Sembilan belas tahun lalu, pada tahun 1998, Anwar mengasaskan Gerakan Reformasi dan kepimpinan beliau kekal utuh sehingga ke hari ini. Gerakan Reformasi telah memberikan momentum luar biasa meskipun beliau dipenjarakan secara tidak adil. Di bawah kepimpinan Anwar;

PRU 2008 – Pembangkang memenangi 5 kerajaan negeri

PRU 2013 – Pembangkang memenangi 52 peratus undi popular

Justeru untuk memenangi pada PRU 14, pakatan pembangkang perlu terus mendapatkan sejumlah besar pengundi yang mahu melihat perubahan dalam negara ini.

Anwar ikon Gerakan Reformasi

Beliau merupakan suara di sebalik cita-cita, benteng utama sebuah negara yang mahukan perubahan dan pembaharuan institusi dan kerajaan. Penjara bukan penghalang bagi beliau untuk menjadi pemimpin ikonik kami.

Gerakan reformasi sudah matang dan bersedia untuk menempa satu kejayaan walaupun tanpa Anwar hadir secara fizikal pada PRU-14 nanti.

Sememangnya beliau amat penting tetapi kami tahu beliau akan terus memantau, memberi inspirasi dan yang paling penting adalah dengan memberikan sokongan di setiap kempen pembangkang dalam pilihan raya bagi mencapai kemenangan.

Contoh Terdahulu PM Interim

Dengan PRU14 semakin hampir, persoalan praktikal timbul: dengan Anwar masih di dalam penjara, siapa yang akan menjadi PM sekiranya pembangkang menang?

Ini bukan sesuatu yang abnormal apabila kerajaan yang memerintah akan meletakkan pemimpin pembangkang yang dominan dalam keadaan politik yang tidak menguntungkan.

Wan Azizah: Faktor Jaminan

Di Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merupakan Ketua Pembangkang yang mengetuai Gerakan Reformasi dan Pakatan Harapan semasa ketiadaan Anwar, beliau mengadakan perundingan dan penyelesaian yang wajar dan praktikal untuk menjadi seorang Perdana Menteri sementara.

Beliau yang menjadi kubu, pengundi-pengundi boleh diberi jaminan bahawa kerajaan baru tidak akan menyimpang daripada agenda Reformasi.

Memang terdapat ramai pemimpin utama pembangkang lain yang berkaliber dan layak sebagai calon PM.

Namun, seseorang itu perlu ingat bahawa sebahagian besar daripada penyokong pembangkang yang mengundi untuk pembaharuan reformasi seperti yang berlaku dalam PRU 13 bersatu di belakang gambaran ikonik Anwar.

Bolehkah pakatan pembangkang mendapatkan pengundi jika pembangkang meletakkan satu nama calon PM selain daripada Anwar atau idea di mana Wan Azizah tidak menjadi PM sementara?

Pengajaran Untuk Belajar Dari Revolusi Orang Cina

Mungkin pengalaman Revolusi China boleh menunjukkan ketepatan tentang kebenaran dan penerangan mengenai menakut-nakutkan penyokong pembangkang:

Sun Yat-Sen, pelopor ‘Revolusi Demokratik’ yang telah menggulingkan Dinasti Qing pada tahun 1912 tidak menjadi Presiden selepas revolusi itu.

Untuk kepentingan politik dan untuk mengelakkan perang saudara, Yuan Shikai sebagai Panglima Qing yang mengawal tentera utara telah dilantik sebagai Presiden. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang.

Selepas menjadi Presiden, Yuan membubarkan Parlimen yang baru dipilih atas alasan bahawa China tidak bersedia lagi untuk menjadi Negara Republik dan pada tahun 1915, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China.

Walaupun akhirnya beliau tidak berjaya menghidupkan semula pemerintahan beraja (monarki) di negara China. Negara ini turut mengalami beberapa siri perang saudara yang panjang akibatnya.

Perjalanan Terakhir Menuju Putrajaya

Gerakan Reformasi yang diasaskan oleh Anwar telah melalui perjuangan yang panjang selama hampir 20 tahun.

Ramai pemimpin dan ahli-ahlinya telah dianiaya, dizalimi dan dipenjarakan kerana komitmen mereka kepada kebebasan. Perjuangan yang amat panjang akhirnya akan sampai ke penghujungnya.

Pakatan Harapan mesti berdiri teguh di sebalik suara, wajah dan nama, di mana Anwar adalah kejayaan akhir yang akan melengkapkan perjalanan ke Putrajaya.

Dr Tan Yee Kew, Bendahari Agung PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar