Tun Mahathir Perlu Menjelaskan Segera Status Pelaburan USD 7 Billion Arab Saudi

February 28, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Rakyat menantikan Tun Mahathir membuat penjelasan mengenai pelaburan sebanyak USD 7 billion yang dibuat Arab Saudi dalam projek Rapid Pengerang semalam. adakah itu benar-benar pelaburan atau hutang atau menjual kedaulatan?

Sejak dijelaskan Tun Mahathir, rakyat sudah tidak lagi mempercayai semua pelaburan yang didakwa kerajaan.  Rakyat sekarang faham bahawa pelaburan hanyalah dalam bentuk orang asing masuk ke negara ini dan membuka kilang untuk menghasilkan barang.  Barang itu kemudian akan dijual ke luar negara, itulah pelaburan yang sebenarnya.

Lain dari pada itu bukan pelaburan asing, sebaliknya hutang atau satu bentuk penjajahan – ini yang diberitahu kepada rakyat oleh Tun Mahathir dalam mengulas beratus billion pelaburan yang dibawa masuk Najib dari China pada tahun lepas sahaja.

Sekarang macam mana dengan pelaburan antara Aramco dan Petronasi ini, pelaburan atau hutang atau menjual kedaulatan?  Tun Mahathir perlu segera membuat kenyataan yang boleh meredakan keresahan rakyat.

Jika benar USD 7 billion ini satu pelaburan yang sah, apakah bezanya pula dengan RM 144 billion pelaburan dari China tahun lepas?  Tun Mahathir perlu segera jelaskan ini atau rakyat akan kembali menyokong Najib.

Dan ini adalah bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276083Total visitors:
  • Skip to toolbar