“Soalan Bodoh” Azmin Mengenai Pelaburan Aramco Untuk Uji Menteri BN

March 20, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Susulan soalan Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali mengenai sama ada pelaburan Aramco di Pengerang dibatalkan kerana pendakwaan DOJ di Amerika Syarikat – bila pelaburan itu sebenarnya tidak dibatalkan malah ditandatangani semasa kedatangan Raja Salman hujung bulan lepas, itu sebenarnya bukan bukti Azmin tidak bijak seperti mana dakwaan MP BN.

Lulusan sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat dekad 80-an serta pernah menjadi pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri (Tun Mahathir) dan Setiausaha Sulit bekas Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar), mana boleh Azmin tak bijak.  Tinggal lagi, soalan itu dikemukakan untuk menguji prestasi Menteri BN yang sebelum ini menjadi bualan di media sosial.

Baguslah Menteri Rahman Dahalan dapat menjawab soalan mengenai pelaburan dari Aramco itu, menunjukkan Menteri setelah rombakan 2015 adalah lebih berkualiti dari yang sebelumnya, seperti Hasan Malek dan Ahmad Maselan.

Azmin sudah tentu mendapat maklumat silap daripada para pegawai penyelidiknya yang ditugaskan mencari fakta mengenai perkara itu.  Dah namapun soalan bertulis, sudah tentu Azmin tidak terlibat dalam penyediannya atau terlepas pandang disebalik kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Selangor, ADUN dan Ahli Parlimen.

Jadi semua ahli parlimen BN, sila betulkan pandangan masing-masing, Azmin bukan bodoh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1138470Total visitors:
  • Skip to toolbar