‘ALLAH, Rakyat Jadi Saksi’

March 31, 2017 by Caspian

Category: politik

Idris Ahmad

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang berhujah secara ilmiah dan demokrasi berhubung isu pindaan RUU Akta 355.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, langkah itu dapat memberi pencerahan kepada pihak yang takut dan ragu berhubung pindaan RUU 355 tersebut.

“Semoga ALLAH memberi laluan untuk Pas membentangkan RUU 355 dalam sesi Parlimen kali ini,” katanya.

Katanya, Pas menjalankan tanggungjawab ummah memperjuangkan RUU 355 ini.

“ALLAH SWT dan rakyat (akan) menjadi saksi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan BN membentangkan RUU itu mengukuhkan kebenaran agar Pas membawanya sendiri di Parlimen.

“Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang wakil rakyat Umno di Dun Kelantan sebelum ini, hanya Pas yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar