Pandikar: Laluan RM1.4j Ke Rumah Rasmi Tiada Kaitan Saya

March 31, 2017 by Caspian

Category: politik

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pembinaan laluan alternatif bernilai RM1.4 juta ke kediaman rasminya tidak ada kena mengena dengan beliau.

Pembinaan jalan itu adalah hak kerajaan, kata beliau dengan memetik laporan The Star.

“Itu bukan rumah saya. Ia milik kerajaan,” jelasnya.

“Jadi jika kerajaan fikir sepatutnya ada jalan masuk ke rumah itu, mereka bina jalan raya.

“Ia tidak ada kena mengena dengan saya. Ia seperti bangunan di Putrajaya. Ianya dibina oleh kerajaan. Tidak ada apa-apa kaitan dengan perdana menteri,” tambahnya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos berkenaan termasuk kerja-kerja saliran, pos keselamatan, pagar elektronik, sistem keselamatan, lampu jalan serta kerja-kerja berkaitan.

“Jumlah kos pembinaan laluan alternatif ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat di No 3, Jalan Tunku, Kuala Lumpur adalah RM1.4 juta,” katanya.

Fadillah mengulas kenyataan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang mempersoalkan kos pembinaan untuk membina dinding baru dan kerja-kerja menaik taraf jalan raya menuju ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat.

Semalam, dua ahli parlimen DAP menyatakan hasrat mereka untuk melawat kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta itu dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar tersebut adalah wajar.
“Kami akan cuba memahami jenis laluan masuk sepanjang 100 meter itu, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan yang bernilai RM1.4 juta itu.

“Kami juga berharap lawatan ini akan memberi beberapa jawapan, sama ada memuaskan atau tidak, kepada pengkritik projek ini,” kata Lim, yang akan diiringi oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semasa lawatan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243453Total visitors:
  • Skip to toolbar