Rosmah Jumpa Shah Rukh Khan?

March 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber memaklumkan Pakatan Harapan, dalam satu aturcara berasingan sempena lawatan Najib ke India bermula semalam, Rosmah dijadual untuk  mengadakan pertemuan dengan bintang terkenal Shah Rukh Khan di kediamannya di Mumbai.

Hubungan baik Rosmah dengan Shah Rukh Khan bukan cerita baru, malah ada kontroversi (kemudian didapati tidak benar) membabitkan mereka berdua dalam satu kunjungan Shah Rukh Khan ke negara ini beberapa tahun yang lalu.  Jadi jika benar pun Rosmah mencari Shah Rukh Khan sempena lawatan ini, kita tidak terperanjat.

Cuma persoalannya sekarang, apakah yang Rosmah cari dari Shah Rukh Khan?  Dimana kepentingannya?  Kita tahu Rosmah terlibat dengan Permata, dengan apa cara berjumpa Shah Rukh Khan ini dapat membantu Permata dari apa segi?

Lebih besar lagi, adakah keseluruhan lawatan ini yang melibatkan jutaan wang rakyat adalah untuk membolehkan Rosmah berjumpa dengan Shah Rukh Khan semata-mata dan semua cerita pelaburan yang bakal dijana sempena lawatan itu adalah untuk menutup perkara ini?

Persoalan ini perlu dijawab dengan segera kerana dalam keadaan ekonomi yang semakin hari semakin tenat, adalah tidak wajar wang rakyat dibelanjakan  untuk memuaskan kehendak Rosmah sahaja – jika pertemuan ini benar-benar terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243453Total visitors:
  • Skip to toolbar