Tular Tak Benar, Tiada ‘Perang’ Harga Petrol

March 31, 2017 by Caspian

Category: politik

minyak

Maklumat harga RON95 di sebuah stesen minyak di Taman Tenaga, Cheras, dijual jauh lebih murah daripada harga ditetapkan kerajaan terbukti tidak benar.

Satu visual tular di beberapa aplikasi sosial, disebarkan oleh beberapa pengguna aplikasi pencarian stesen minyak My Petrol, harga RON95 dan RON97 yang ditawarkan oleh stesen minyak terbabit ialah RM2 dan RM2.30, iaitu harga di bawah pasaran.

Bagaimanapun, tinjauan wartawan Sinar Harian di lokasi berkenaan mendapati, harga bahan api di stesen minyak berkenaan dijual seperti yang ditetapkan iaitu RON95 RM2.13; RON97 (RM2.41) dan diesel (RM2.11).

Isu berkenaan timbul disebabkan pengguna aplikasi MyPetrol yang menyalurkan maklumat salah tentang harga petrol RON95 dan RON97 di kawasan berkenaan.

Hasil pemerhatian mendapati, aplikasi MyPetrol yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar diwujudkan agar pengguna dapat memberikan informasi berkaitan harga semasa petrol di kawasan masing-masing.

Aplikasi itu membolehkan pengguna berkongsi maklumat harga petrol terkini yang ditawarkan di semua stesen minyak seluruh negara.

Tinjauan di beberapa stesen minyak di Cheras, Puchong, Glenmarie dan Shah Alam mendapati, pengusaha akur dengan harga baharu petrol serta diesel yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataannya semalam, menegaskan semua stesen minyak hanya dibenarkan menjual petrol dan diesel pada harga jualan runcit seperti ditetapkan kerajaan.

Mengulas mengenai aplikasi MyPetrol, KPDNKK berkata, paparan harga tidak tepat telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengguna.

“Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya situasi menjadi di luar kawalan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar