Gesa Siasat Projek Perumahan Generasi Kedua Felda

April 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Felda

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysis (SPRM) disarankan supaya menyiasat projek pembinaan rumah generasi kedua Felda yang berjumlah RM1.4 bilion.

Perwakilan Dewan Muktamar Pemuda Pas daripada Pahang, Roslan Md Esa berkata, ia kerana daripada jumlah yang besar itu hanya beberapa unit rumah saja dapat disiapkan oleh pihak yang berkenaan.

“Felda sememangnya tidak asing lagi daripada Pahang, cuma Felda ini ditadbir dan diurus oleh makhluk yang asing.

“RM1.4 bilion untuk bina rumah generasi kedua Felda, tapi rumah yang dibangunkan beberapa unit saja dan duit itu sudah habis,” katanya.

Menurutnya, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi mengenalpasti ke mana duit itu hilang.

“Perkara ini amat mendukacitakan kita. Isunya adalah kos rumah tinggi serta keupayaan mereka untuk membiayai pinjaman perumahan itu.

“Kita sedia maklum Felda pada sebelum ini merupakan deposit tetap Umno dan BN, tetapi golongan Felda kini sudah boleh menerima politik matang yang dibawa oleh Pas,” katanya.

Berikutan itu, Pemuda Pas mengambil pendekatan untuk menang lebih banyak di kawasan Felda pada PRU14 nanti.

Pada perkembangan lain, beliau menyarankan kepada semua ahli dan pemimpin Pas supaya mewajibkan diri untuk terlibat dalam program tarbiah serta sentiasa mengetahui semua gerak kerja secara keseluruhan.

“Pas bukan PKR, DAP, Bersatu mahupun Pan (merujuk kepada Parti Amanah Negara). Pas adalah Pas yang ada prinsip Islamnya.

“Sering kali kita dengar tanpa tarbiah mesti rebah. Sejarah membuktikan abang-abang kita yang pernah bersama kita pada Muktamar sebelum ini, di mana mereka sekarang,” katanya.

Jelasnya, orang yang mempunyai tarbiah bermaksud sedia untuk dididik, mendidik dan menjadi seorang pemimpin.

“Pas dasarnya Islam, macam mana kita boleh sesat? Al-Quran itulah tempat kita berpaut dan berpegang teguh dengan tali ALLAH,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263329Total visitors:
  • Skip to toolbar