Ahmad Idham Makan Dua Kolam Kah?

May 19, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Berita pertemuan antara pengarah Ahmad Idham Nazari dengan Menteri Komunikasi, Salleh Keruak seperti yang viral di media sosial sejak kelmarin, agak mengejutkan ramai penyokong Pakatan Harapan.

Setelah menerima bantuan RM 200,000 dari kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Datuk Sri Azmin Ali (dengan DS Azmin sendiri memaklumkan melalui Twitter) untuk rumah anak yatim yang dikendalikannya, pertemuan ini sudah tentu menimbulkan banyak persoalan.

Antaranya adakah Ahmad Idham makan dua kolam?  RM 200,000 bukan sedikit, apatah lagi dibazirkan untuk satu rumah kebajikan yang sebetulnya tidak pun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat!!

Patutnya selepas menerima bantuan sebegitu banyak dari kerajaan Selangor, Ahmad Idham meneruskan kerja-kerja mencerca kerajaan BN melalui akaun Twitternya yang ada begitu ramai pengikut itu, bukan berjumpa dengan Menteri BN atas apa alasan sekalipun!!  Itu tidak betul.

Ahmad Idham ada banyak penjelasan yang perlu diberikan selepas ini, atau besar kemungkinan beliau tidak akan menerima bantuan lagi dari kerajaan Selangor atas apa tujuan pun.

One response to “Ahmad Idham Makan Dua Kolam Kah?”

  1. animous says:

    Padan Muka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245596Total visitors:
  • Skip to toolbar