GERAMM Gesa Mansuh Akta Penerbitan Dan Mesin Cetak

May 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Geramm

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menggesa agar pihak kerajaan memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Dalam satu kenyataan, GERAMM mengambil maklum pelbagai pihak telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang digambarkan sebagai cubaan oleh The Star untuk mengaitkan umat Islam dengan tindakan keganasan (terorisme) melalui penggunaan tajuk yang tidak berkaitan dengan gambar utama.

Menurutnya, pihaknya juga mengambil maklum gesaan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli politik agar pihak Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Star.

“Kononnya atas alasan penggunaan gambar jemaah solat terawih bersama tajuk “Malaysian Terrorist Leader” boleh menyampaikan mesej yang menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Namun, GERAMM tegas dengan pendirian bahawa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) adalah akta lapuk yang boleh dan telah disalah gunakan untuk membungkam media,” katanya.

Tambahnya, penggantungan mana-mana agensi media, walaupun hanya untuk sehari, akan memberi kesan terhadap seluruh operasi dan memangsakan semua pekerja agensi terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wakil The Star hadir beri penjelasan]

Dalam situasi semasa, GERAMM percaya sudah tiba masanya bagi semua pihak berkepentingan untuk beralih dari menggesa kerajaan mengambil tindakan di bawah undang-undang lapuk, ke arah pembentukan industri media yang “self-regulated” ataupun dikawal selia tanpa campur tangan kerajaan.

Katanya, bagi pengamal dan pemilik media, pembentukan satu badan bebas untuk mengawal selia operasi industri media boleh menjadi benteng menghalang pihak ketiga daripada menggunakan insiden berkaitan untuk kepentingan agenda masing-masing, sama ada berunsur politik ataupun lain-lain hal.

“GERAMM sekali lagi menegaskan pendirian kami bahawa PPPA haruslah dimansuhkan dan ancaman tindakan penggantungan permit tidak lagi seharusnya digunakan keatas mana-mana media.

“Dengan itu, GERAMM turut menggesa semua pihak untuk kekal bertenang dan mengelak daripada membuat kesimpulan secara terburu-buru dalam apa-apa isu, termasuk dalam menghadapi ancaman keganasan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar