Melayu Hilang Semangat Bangsa

May 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu ketika ini sudah hilang semangat kebangsaan.

Menurut beliau, ia berbeza dengan semangat orang Melayu ketika di zaman penjajahan.

“Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada penjajahan British. Di waktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan.

“Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain daripada tebusan maruah bangsa. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara,” katanya pada catatan di blognya, semalam.

Pengerusi Bersatu itu berkata, semangat kebangsaan sering kali dicemuh sebagai perkauman dan orang Melayu malu jika bersemangat Melayu.

“Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu, tua dan muda.

“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali daripada menghadapi sedikit risiko,” katanya.

Katanya lagi, bangsa Melayu akan gagal dan hilang dari muka bumi ini apabila budaya tersebut menggantikan semangat kebangsaan.

“Dalam sejarah manusia banyak bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.

“Apakah buku sejarah pada masa depan akan tertulis di dalamnya.

“Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”,” sindirnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298724Total visitors:
  • Skip to toolbar