Pas Azam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran

May 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas berazam mahu mengembalikan sistem Islam dalam pentadbiran negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat hanya dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil dan menikmati perubahan sistem yang lebih baik dengan sistem Islam.

“Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagungan tamadun manusia berlaku di zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanangkan oleh Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila terdengar sahaja perkataan “Islam.”

“Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisme, kapitalisme, sosialisme dan pelbagai lagi asalkan ia bukan bernama “Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sekiranya umat tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak.

Menurutnya lagi, umat di negara ini hanya sekadar merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan.

“Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhan tersebut.

“Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan. Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263328Total visitors:
  • Skip to toolbar