Siapa Khairudin Nak Masuk Campur Hal Bersatu? – Syed Saddiq

May 30, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman dikatakan mempersoalkan siapa Datuk Sri Khairudin Abu Hassan untuk masuk campur dalam urusan Bersatu?  Perkara ini timbul lanjutan dari cabaran Syed Saddiq agar Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Othman melepaskan jawatan kerana cuba mensabotaj parti.

Menurutnya, Khairudin bukan lagi ahli Bersatu, malah telah menubuhkan parti baru, Parti Bebas Rasuah bersama Datuk Ezam Nor, justeru tidak ada hak untuk masuk campur dalam hal dalaman Bersatu.  Sebelum itu Khairudin adalah bekas Naib Presiden UMNO Batu Kawan.

Tambah Syed Saddiq, lebih baik Khairuddin melihat Parti Bebas Rasuah (PBR) yang ditubuhkannya bersama Datuk Ezam Mohd Nor dari bercakap tentang hal Bersatu.  Difahamkan, PBR berhadapan masalah dengan RoS berikutan beberapa perkara yang meragukan berkaitan dengan pendaftarannya.

Antara lain, dakwaan Khairudin dan Ezam mencuri parti itu dari pemilik asal New Gen Party, termasuk mengadakan mesyuarat luar biasa parti di sebuah kedai Jubin dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298724Total visitors:
  • Skip to toolbar