Bonus Raya Penang: Walaupun 0.75%, Tapi Masih Tinggi Dari Kerajaan Persekutuan!!

June 13, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Tidak ada apa yang perlu dipolitikan dengan keputusan kerajaan negeri Penang seperti diumumkan CM Lim untuk hanya memberikan 0.75% gaji (minimum RM 1,000) sebagai pemberian khas hari raya kepada kakitangan awamnya, berbanding 3 bulan gaji yang dijangka pada asal.

Lagipun yang 3 bulan itu adalah bonus, yang 0.75% seperti diumumkan ini adalah pemberian khas hari raya.  Kerajaan negeri biasanya membayar bonus pada hujung tahun, bulan November atau Disember.

Mana-mana satu pun (0.75% atau 3 bulan gaji), ia adalah jauh lebih tinggi dari yang diumumkan kerajaan persekutuan, hanya RM 500.

Bukan hanya kerajaan Penang saja yang mengubah jumlah bayaran bonus hari raya ini, kerajaan Selangor juga melakukan perkara yang sama.  Kerajaan Selangor mengumumkan kakitangan awam negeri itu akan dibayar bonus 2 bulan gaji berbanding 2.5 bulan yang diumumkan baru-baru ini.

Mungkin sudah sampai masanya Pakatan Harapan menyeragamkan pembayaran bonus untuk kakitangan awam kerajaan negeri ini agar tidak terlalu jauh berbeza antara satu sama lain.  0.75% dan 2 bulan gaji adalah satu perbezaan yang besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1207321Total visitors:
  • Skip to toolbar