Kegagalan Kerajaan PP Beri Bonus Disebabkan Serangan Berterusan BN

June 13, 2017 by Caspian

Category: editor

Pada penghujung bulan lalu, sumber dalaman pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membocorkan maklumat bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempertimbangkan untuk memberi 3 bulan bonus hari raya kepada kira-kira lebih 5,000 penjawat awam di negeri ini.

Namun, menurut perkhabaran terkini, kerajaan negeri terpaksa membatalkan hasrat untuk memberi bonus 3 bulan gaji berkenaan setelah berhadapan dengan pelbagai perkara yang tidak disangka-sangka.

Menurut sumber kerajaan negeri, kegagalan kerajaan negeri memberi bonus berkenaan disebabkan oleh serangan berterusan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dan beberapa NGO yang ada di Pulau Pinang.

Katanya, disebabkan serangan berangkai ini, kerajaan negeri mengalami kerugian besar apabila beberapa bidang tanah yang sedang dalam proses perbincangan gagal di jual kepada pihak pembeli disebabkan oleh pendedahan yang tidak berasas oleh Barisan Nasional terhadap beberapa urusan penjualan tanah sebelum ini.

Disamping itu, serangan Barisan Nasional juga telah menyebabkan beberapa permohonan pinjaman oleh kerajaan Pulau Pinang kepada pihak bank asing telah menemui kegagalan. Mereka bimbang, Lim Guan Eng tidak akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Melihat kepada beberapa faktor ini, kerajaan negeri tidak dapat menyediakan kewangan yang mencukupi sebelum 15 Jun ini untuk di edarkan kepada semua penjawat awam di Pulau Pinang.

Namun begitu, pada masa yang sama, pejabat Ketua Menteri akan mengusahakan sesuatu sebagai saguhati kepada penjawat awam yang ternanti-nanti bonus seperti yang telah di janjikan.

Apa yang diharapkan adalah, rakyat negeri Pulau Pinang akan sentiasa menyokong dan membantu CM Lim dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 959981Total visitors:
  • Skip to toolbar