Azmin Tidak Pernah Janji Bonus 2.5 Bulan Gaji, Itu Propaganda UMNO

June 14, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Difahamkan ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Besar, Datuk Sri Azmin Ali untuk membayar dua bulan bonus kepada mereka sempena hari raya ini, berbanding 2.5 bulan yang ‘dijanjikan’.

Pengurangan hanya 0.5 bulan gaji ini dilihat begitu besar impaknya kepada mereka walhal dua bulan itu sudah dikira besar melihat kepada negeri-negeri lain yang hanya memberi diantara minimum RM 500 hingga RM 1,000 sahaja sebagai pemberian khas hari raya.

Sementara Penang mencatat kedudukan kedua tertinggi dengan 0.75% gaji atau minimum RM 1,000.

Walaupun begitu, suka dinyatakan disini bahawa Azmin tidak pernah menjanji untuk membayar 2.5 bulan gaji.  Berdasarkan pemeriksaan, itu hanya propaganda UMNO dan amat malang sekali bila kakitangan awam Selangor yang mendapat perhatian istimewa Azmin sejak berkuasa, termakan dengan propaganda itu.

Begitupun, terpulang kepada mana-mana kakitangan awam Selangor untuk menerima atau tidak bonus itu.  Tapi berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, alangkah BR1M yang tidak seberapa itupun dilahap, apatah lagi bonus 2 bulan gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 959979Total visitors:
  • Skip to toolbar