Gay & Lesbian Juga Beriman & Berpuasa

June 15, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sebetulnya ramai orang tidak faham bahawa menjadi gay atau lesbian, di kalangan orang Islam, bukanlah halangan untuk golongan ini berpuasa, berbuka, membayar zakat, malah menyambut hari raya.

Tidak ada halangan dalam Islam untuk golongan ini melakukan semua ibadah itu kerana mereka layak dari segala segi.  Mereka baligh, merdeka, tidak gila dan sebagainya.

Justeru, kita tidak nampak sebarang masalah untuk aktivis Pakatan Harapan dari PPBM dan DAP, mengadakan majlis berbuka puasa untuk golongan ini seperti di Shah Alam kelmarin.  Itu adalah perbuatan yang baik kerana sudah sekian lama mereka disisihkan kerana orientasi seksual yang berbeza.

UMNO tidak seharusnya menjadikan perkara ini sebagai isu dan cuba mencuri undi dari masyarakat Islam dengannya.  Semua orang faham akan hakikat ini dan acara itu tidak lebih dari memberi peluang golongan itu merasa nikmat berbuka puasa dengan diraikan, sama seperti golongan yang lain.

Syabas Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255189Total visitors:
  • Skip to toolbar