1MDB: Tiada Penyelewengan Dikaitkan PM, Kata MP Umno

June 19, 2017 by Caspian

Category: politik

Malaysia tidak perlu campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu baru-baru ini, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Terdahulu, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dikaitkan dengan Perdana Menteri. Hasil siasatan ini turut ditegaskan oleh Peguam Negara bahawa tidak terdapat bukti-bukti berasas untuk dihadapkan ke mahkamah.

“Justeru, tindakan saman DOJ ini sangat meragukan lebih-lebih lagi ia langsung tidak merujuk mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan.

Irmohizam merujuk kepada saman sivil terbaru DOJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata tindakan DOJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara.

“Ini sudah menjadikan DOJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 959975Total visitors:
  • Skip to toolbar