Boleh Kerjasama Tapi Dengan Syarat…

June 19, 2017 by Caspian

Category: politik

Mohd Amar Nik Abdullah

Pas tidak menolak kemungkinan sedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Bersatu sekiranya kedua-dua parti itu meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, untuk bersama, PKR dan Bersatu perlu menghentikan kerjasama mereka dengan dua seteru utama Pas iaitu Amanah dan DAP.

“Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,”katanya kepada media di sini.

Beliau hadir Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di Hotel Grand River View di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1015525Total visitors:
  • Skip to toolbar