DoJ: Bocor Penglibatan Daim, Tindakan Harus Diambil Ke Atas Syed Saddiq

June 19, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kenyataan Department of Justice (DoJ) minggu lepas mengenai saman ke atas beberapa individu mengenai aset yang diperolehi dengan wang 1MDB, sebenarnya memberi impak yang besar ke atas rakyat Malaysia.

Sudah ramai di kalangan rakyat Malaysia yang terjejas dengan kenyataan tersebut.  Bagaimana terjejas itu, masih cuba dipastikan tapi yang pentingnya ramailah yang terjejas dan memberi impak buruk kepada rakyat, itu saja yang semua orang patut tahu.

Tapi, semua ini musnah apabila difahamkan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah membocorkan kepada beberapa exconya bahawa kenyataan DoJ itu sebetulnya dibiayai oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin – melalui sebuah firma pelobi.

Daim adalah sekutu terkuat Tun Mahathir dan sekalipun pembabitan Tun Mahathir di dalam perkara tersebut tidak dapat dibuktikan, penglibatan Daim sendiri sudah menjadi petunjuk kukuh sememangnya Tun Mahathir terlibat.

Ini tidak harus berlaku kerana sumber tertinggi Bersatu memaklumkan bahawa perkara ini sepatutnya rahsia dan Syed Saddiq mengkhianati amanah itu dengan Exco-Exconya untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti tersebut.

Dipercayai, 3 Exco Armada yang membuat kenyataan mempersoalkan punca kekayaan anak-anak Tun Mahathir baru-baru ini adalah mereka yang menerima maklumat bocor dari Syed Saddiq dan punca mereka berbuat demikian setelah Syed Saddiq gagal memberikan wang jika tidak mahu isu tersebut bocor.

Syed Saddiq harus bertanggungjawab – dipecat atau meletak jawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1138541Total visitors:
  • Skip to toolbar