Muhyiddin Didesak Jawab Skandal Sebelum ‘Serang’ 1MDB

June 19, 2017 by Caspian

Category: politik

Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab isu skandalnya sebelum menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) turut menjelaskan harta kekayaan yang dimiliki anaknya.

“Saya cabar, sekiranya benar dia (Muhyiddin) mahu jadi pemimpin bermaruah, jawab dulu tuduhan yang dikemukakan Exco Armada Bersatu, Mohamed Hafiz Azhar mengenai skandal Nika Ghee dan harta kekayaan kaum keluarganya.

“Kalau dia tak mampu jawab, dia tidak layak menyentuh isu DOJ dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta 1MDB,” katanya kepada pemberita pada Program Kasih Ramadan di Hotel Perdana, di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, beliau menganggap Muhyiddin hanya menangguk di air keruh dengan menggunakan kenyataan DOJ untuk memfitnah Perdana Menteri.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Muhyiddin menggunakan isu DOJ sebagai bahan menyerang pemimpin negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 959974Total visitors:
  • Skip to toolbar