Persiapkan Diri Hadapi Dua Cabaran Penting

June 19, 2017 by Caspian

Category: politik

M Saravanan

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk M Saravanan mengingatkan masyarakat India supaya menyiapkan diri dalam menghadapi dua cabaran penting iaitu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan cabaran menjelang 2050.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, ini penting dalam memastikan kelangsungan masyarakat India di negara ini.

“Jika masyarakat India tidak bersedia, saya bimbang mereka akan terus tercicir dan ketinggalan. Oleh itu, mereka harus sedar dan bangun mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran tersebut.

“Fokus pertama kita sekarang ialah memperkemaskan jentera untuk menghadapi PRU14 dan seterusnya memastikan kita (MIC) merampas semula kerusi-kerusi Parlimen dan Dun yang kita kalah sebelum ini dan mengekalkan kerusi yang kita menang.

“Saya yakin kita boleh mengatasi cabaran ini berdasarkan sokongan padu dan luar biasa masyarakat India terhadap parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas merasmikan kursus kursus kepimpinan berinformasi ke arah PRU14 anjuran Jawatankuasa Biro Penerangan MIC Negeri Sembilan.

Turut hadir Ketua Penerangan MIC kebangsaan, Datuk V.S. Mogan yang juga Ketua MIC Bahagian Rembau.

Saravanan berkata cabaran kedua ialah menyediakan masyarakat India untuk menghadapi cabaran masa hadapan (menjelang 2050).

“Apa yang ketara pada hari ini ialah kita lihat masyarakat India menghadapi pelbagai cabaran khususnya golongan belia yang tercicir…golongan belia India harus menyedari perkembangan positif yang telah diambil oleh kerajaan BN melalui ‘blue print’ (pelan tindakan) untuk masa hadapan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai calon MIC pada PRU14, beliau berkata pemilihan calon adalah di bawah bidang kuasa Presiden MIC dan tindakan Presiden dilihat amat menggalakkan.

Beliau berkata, Presiden parti sedang mengambil pendekatan ‘affirmative’ yang mana walaupun mempunyai kuasa untuk memilih calon, tetapi akhirnya calon yang dijangka membawa kemenangan dan disukai ramai akan menjadi pilihan.

Pucuk pimpinan MIC hari ini dilihat begitu peka dan sensitif mengenai pemilihan calon pada pilihan raya iaitu mengikut kehendak rakyat dan ini pasti akan menjadi pilihan yang tepat, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 959974Total visitors:
  • Skip to toolbar