Perasmian MRT: Kenapa Wan Azizah Tidak Dijemput?

July 17, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pakatan Harapan, terutama PKR hari ini mempersoal Pejabat Perdana Menteri kenapa tidak menjemput ADUN Kajang ke majlis perasmian MRT laluan Kajang-Sg Buluh yang diadakan hari ini?  Tempoh 14 hari akan diberikan atau satu notis akan difailkan dalam persidangan Parlimen yang akan datang.

Sebagai ADUN Kajang dan orang yang memberi inspirasi kepada perasmian stesen MRT tersebut, amat tidak kenalah bila wakil rakyat kawasan tersebut tidak dijemput menghadirinya, seoalah-olah tidak menghormati amanah yang diberikan rakyat kepada Wan Azizah dalam PRK Kajang 2014.

Bukan pertama kali ini sahaja kejadian seumpama ini berlaku, malah sudah banyak kali.  Dalam apa-apa majlis perasmian projek mega kerajaan yang diadakan dalam kawasan yang dimenangi Pakatan Harapan, wakil rakyatnya tidak pernah dijemput hadir.

Ini berbeza dengan amalan di negeri yang dikuasai Pakatan Harapan bila wakil rakyat kawasan tersebut, termasuk dari BN akan dijemput untuk menghadiri majlis perasmiannya dan inilah bentuk keadilan yang sebenarnya.  Tinggal lagi, setakat ini belum ada projek besar yang dirasmikan pimpinan negeri Pakatan Harapan di kawasan yang dikuasai BN, sebab itu belum ada lagi wakil rakyat mereka yang dijemput.

Tapi kalau ada, terutama setelah Pakatan Harapan menang PRU14 nanti, kita akan menjemput mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245596Total visitors:
  • Skip to toolbar