Bersatu Sasar Menang 5 Kerusi DUN Di Setiap Negeri

July 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber dalaman parti Bersatu menyebut bahawa parti itu hanya menyasarkan untuk menang di 5 kerusi DUN saja dalam setiap negeri.  Jika ada 12 negeri, itu bermaksud sudah 60 kerusi bakal dikuasai oleh Bersatu.

Buat permulaan jumlah ini cukuplah.  Sebagai perbandingan, parti senior seperti DAP menang di 96 buah kerusi DUN dalam PRU13 yang lepas.  60 untuk Bersatu ini kira munasabahlah.

Soal dana tidak ada masalah, hanya dengan menggunakan satu sumber dalam negara saja sudah cukup untuk menguasai 60 buah kerusi DUN ini.  Bajet RM 1 juta untuk setiap DUN saja pun dikatakan sudah memadai.  RM 1 juta ini bukan untuk beli pengundi tapi mengatur kerja-kerja parti, membayar petugas, poster dan sebagainya.

Jumlah ini adalah jauh lebih sedikit dari wang yang UMNO belanjakan, iaitu khabarnya antara RM 10 juta- RM 20 juta untuk setiap DUN dan Parlimen bergantung kepada saiz dan keluasan.  Belanja hangus saja tu, belum lagi projek-projek dan sebagainya yang boleh mencecah billion ringgit kalau digabungkan sekali.

Apa pun, kenyataan ini ialah untuk meredakan kebimbangan banyak pihak konon Bersatu akan memonopoli pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan.  Tidak, Bersatu tidak akan memonopoli apa-apa, cukuplah 60 kerusi DUN sebagai permulaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar