Jangan Kaitkan Kebodohan Hishamudin Rais Dgn PH

July 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Ramai orang menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan aktivis PKR, Hishamuddin Rais menggunakan ungkapan seperti F*CK dan sebagainya dalam forum Mahathir – Agen Kemusnahan Atau Agen Perubahan di Kuala Lumpur kelmarin.

Sekalipun status liberal Hishamudin Rais bukan perkara baru sebaliknya sudah diketahui umum dengan dia sendiri pun dikatakan minum arak, membela anjing dan sebagainya tanpa segan silu tapi itu bukan alasan untuk membawa budaya itu ke dalam politik Pakatan Harapan yang baru nak naik.

Pakatan Harapan masih mengamalkan budaya sopan dalam berpolitik dan seboleh-bolehnya cuba mengelak dari menggunakan perkataan yang tidak sesuai dengan budaya orang setempat – kecuali bila tidak ada pilihan lain.

Hishamudin Rais kalau tidak boleh menjawab persoalan kenapa dulu lawan tapi sekarang sokong Tun Mahathir, lebih baik tidak usah menutup kegagalan itu dengan perkataan lucah.  Ia hanya memberi masalah kepada hasrat Pakatan Harapan untuk menarik sokongan orang di kampung, di bandar tidak ada masalah memang mencarut sudah jadi kebiasaan.

Soal kerjasama dengan Tun Mahathir ini akan terlerai dengan sendirinya seperti mana ketika PAS, DAP membuat U-turn menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim tahun 1998 dulu.  Tak perlu kecoh atau burukkan keadaan dengan mencarut-carut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276268Total visitors:
  • Skip to toolbar