Nga Kor Ming Sekadar Mengatakan Fakta Sejarah, Tun M Sendiri Mengesahkannya

August 3, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Tidak ada apa yang salah dengan posting MP Taiping, YB Nga Kor Ming mengenai Chin Peng dan Tun Abdul Razak sehingga menjadi isu besar sekarang.  Apa yang salah dengan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan dan hakikat bahawa bapa Najib pernah bekerja dengan Jepun pada satu ketika?

Hanya kerana Tun Razak ini pernah berkhidmat dengan Jepun, bukanlah bermaksud apa-apa.  Jepun pernah menjadi kerajaan di negara ini dan tidak hairanlah kalau mereka memerlukan orang tempatan untuk berkhidmat dengan mereka, apa yang salah dengan perkara tersebut?

Lagipun fakta mengenai Tun Razak pernah berkhidmat dengan Jepun itu menurut khabarnya, telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir yang hidup pada zaman tersebut.  Perkara itu bukan main tangkap muat saja, ada fakta, ada orang yang mengesahkannya juga.

Justeru, tidak ada apa yang menghasut kerana sememangnya pada zaman Jepun, Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan.  Soal peranan yang dimainkan Chin Peng selepas itu, perkara itu berbeza sama sekali dari maksud posting tersebut.

Sekarang ini kita masih bergantung kepada sejarah yang UMNO reka dan cipta, selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, sejarah itu mungkin berbeza, kita tidak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar