Melayu Memang Mempergunakan Tun M Untuk Mendapatkan Faedah Sendiri

August 4, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kenyataan bahawa orang Melayu (sebut UMNO) di negara ini menggunakan Tun Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, adalah tepat sekali.

Sejarah membuktikan Tun Mahathir banyak berkorban masa dan harta benda demi membangunkan orang Melayu, sebaliknya, beliau dituduh menggunakan orang Melayu untuk memperolehi kekayaan bagi diri dan anak-anaknya.

Menurut buku”Tun Mahathir The Legend” yang ditulis oleh Ziyad Rahim, zaman awal Tun Mahathir sebagai ahli UMNO, beliau tidak mengambil bayaran bagi perkhidmatan kesihatan yang diberikannya kalau pesakit itu adalah orang Melayu.  Sebaliknya Tun Mahathir akan meletakkan bayaran 1 atau 2 kali ganda tinggi kalau pesakit itu dari bangsa lain kerana mereka diketahui mempunyai duit.

Ziyad juga turut merekodkan bagaimana Tun Mahathir menjual harta seperti rumah dan kereta untuk membiayai rundingan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dan rombongan di London, ya, Tun Mahathir adalah salah seorang penyumbangnya.

Orang Melayu yang menuduh Tun Mahathir menggunakan mereka untuk kepentingan sendirilah yang sebenarnya tidak tahu bersyukur.  Orang seperti ini patut ditangkap dan dihantar ke penjara kerana cuba menafikan jasa dan pengorbanan Tun Mahathir yang disayangi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206602Total visitors:
  • Skip to toolbar