Pakatan Harapan Akan Adakan Kutipan Derma Untuk Bantu Claire Brown

August 7, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Rakyat Malaysia ternyata pemurah.  YB Rafizi sebagai contoh, berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 1.5 juta hanya dalam tempoh 10 hari untuk membayar denda sebanyak RM 300,000 setelah kalah dalam saman NFC.

Mengambil iktibari dari perkara tersebut, Pakatan Harapan akan mengadakan satu lagi majlis kutipan derma, kali ini untuk membantu pengendali Sarawak Report Clair Newcastle Brown yang diminta membayar 15,000 pound kepada Presiden PAS, Hadi Awang dalam perbicaraan di London.

Itu baru kos permulaan, dijangka Claire akan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk dibayar kepada Hadi, terutama kalau beliau kalah dalam saman tersebut.

Claire perlu dibantu kerana pendedahan beliau telah banyak membantu Pakatan Harapan mendedahkan benda yang cuba disembunyikan kerajaan dalam isu berkaitan dengan 1MDB.  Isu berkaitan 1MDB ini mampu menjadi punca kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 yang akan datang.

Pakatan Harapan menjangka untuk mengutip lebih RM 4 juta untuk membantu Claire menghadapi saman dari PAS ini.  Rakyat Malaysia yang berhutang budi kepada Claire, harus sama-saman membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar