Jumpa Arul Kanda: MP PAS Ramai Bodoh, Kebimbangan CM Lim Ada Asas

August 9, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Bila CM Lim mempersoalkan sama ada pemimpin dan ahli parlimen PAS yang berjumpa dengan CEO 1MDB, Arul Kanda semalam faham atau tidak dengan penerangan yang diberikan, ia ada asas yang tersendiri.

Persoalan 1MDB ini melibatkan urusan perniagaan peringkat antarabangsa, calang-calang manusia tidak akan dapat memahami penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda.  Jangan kata Arul Kanda, ahli parlimen DAP yang bijak seperti Tony Pua pun, menolak untuk berdebat dengan Arul Kanda tentang isu 1MDB ini.

Cuma dalam kes Tony Pua, beliau menolak berdebat kerana kelebihan jelas berada di tangan Arul Kanda yang tahu dari atas kebawah akan cara 1MDB berniaga berbanding Tony yang hanya bergantung kepada sumber luar seperti The Edge dan sebagainya.

Itu Tony, antara yang terbijak, ini pulak nak dibandingkan dengan ahli parlimen PAS yang ada diantara mereka diketahui hanya bersekolah setakat tingkatan 3 sahaja seperti seorang ahli parlimen PAS di Kedah sana.  Kalau ada degree pun hanya dalam bidang pengajian Islam, bagaimana boleh faham dengan penerangan Arul Kanda?

Ini yang CM Lim bimbangkan sangat – bukan sebab berlagak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1072163Total visitors:
  • Skip to toolbar