PAS Parti Kolot Mana Tahu Urusan Korporat – Amanah

August 9, 2017 by Caspian

Category: editor

Memang agak mengejutkan apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui bahawa PAS menerima sepenuhnya pelan rasionalisasi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa sebarang keraguan.

Sebelum ini, antara parti politik yang cukup lantang menyuarakan kepincangan dalaman 1MDB adalah PAS dan kenyataan terbuka Tuan Ibrahim ini memang satu kenyataan yang amat mengejutkan.

Setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB, hari ini, seorang wakil pemimpin tertinggi Amanah menyatakan pandangannya berhubung kenyataan Tuan Ibrahim ini.

Dia yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, sebenarnya, PAS adalah sebuah parti yang cukup kolot dan dungu jika berurusan tentang hal ehwal korporat.

Dakwanya, ketika dia menganggotai PAS dahulu, hampir setiap masa, para ahlinya didoktrinkan dengan fahaman mengenai Islam semata-mata dan seolah-olah menolak sebarang arus permodenan dalam PAS.

Justeru katanya, bukan satu perkara yang aneh apabila pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim ini boleh menerima bulat-bulat keterangan yang diberikan oleh 1MDB kerana dakwanya, lebai-lebai dalam PAS itu adalah lebai-lebai malang yang cukup mudah dipengaruhi kerana mereka memang tidak tahu apa-apa mengenai urusan korporat.

Tambahnya, tidak seperti Amanah di mana parti ini berada jauh lebih moden dan tidak meninggalkan syariat Islam sepenuhnya. Berbanding dengan PAS, mereka hanya tahu menyampaikan ceramah di tepi-tepi jalan dan cuba berlagak pandai dalam segenap aspek termasuk beriya-ia sangat mahu melaksanakan hukum hudud yang kuno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206603Total visitors:
  • Skip to toolbar