Penubuhan RCI Siasat Isu Forex Satu Lagi Pembaziran Besar-Besaran Kerajaan BN

August 9, 2017 by Caspian

Category: editor

Ketika seluruh negara merungut akan ketidak stabilan ekonomi serta kos sara hidup yang semakin meningkat, lain pula halnya dengan kerajaan Barisan Nasional.

Secara tiba-tiba, kerajaan BN telah menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kes kehilangan RM 10 bilion wang Forex semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir. Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terheret sama dalam kes ini.

Timbul persoalan, dari mana kerajaan Barisan Nasional mampu menyediakan dana yang cukup besar untuk menyiasat kes awal 1990 an dahulu?

Benar, mereka yang menganggotai RCI ini adalah lantikan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong. Tetapi apa perlunya menubuhkan satu skuad hanya untuk menyiasat kes yang sudah lama? Bukankah itu satu pembaziran wang?

Sepatutnya, kerajaan tidak perlu susah payah mengorek kisah-kisah lama yang sudah tidak relevan dengan arus semasa. Kerajaan sepatutnya menumpukan kisah yang akan datang dari membazir duit bagi membiayai siasatan kes yang sudah lapok.

Tambahan pula, Tun Dr M dan Datuk Seri Anwar kini sudah dimamah usia. Adalah tidak patut buat kerajaan menubuhkan RCI hanya untuk menyiasat perkara yang sudah lama. Kerajaan sepatutnya menggunakan wang berkenaan untuk membangunkan negara, bukannya membuat operasi menjahanamkan pemimpin pembangkang.

Biarkan mereka hidup aman dan tenang dan tidak perlu mengorek kisah lama mereka. Semua orang ada buat silap dan maafkan sahajalah Tun Dr M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar