DAP Minta Sokongan Apandi

August 10, 2017 by Caspian

Category: politik

DAP minta sokongan Apandi

PEGUAM Negara, Tan Sri Apandi Ali diminta menyokong petisyen pimpinan Pakatan Harapan untuk merujuk keputusan kerajaan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Apandi disarankan berbuat demikian dan menasihatkan Perdana Menteri agar menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya merujuk hal tersebut kepada Mahkamah Persekutuan yang didapati bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pelanjutan tempoh khidmat kedua-dua hakim tersebut, Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin adalah bertentangan Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk isu tersebut kepada Mahkamah Persekutuan untuk dibuat semakan.

Katanya, peruntukan tersebut termaktub dalam Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan.

“Kesan buruknya termasuk menghalang peluang dan prospek sekurang-kurangnya lapan hakim Mahkamah Persekutuan, tiga daripadanya wanita.

“Lebih penting lagi, ia menafikan peluang Tan Sri Richard Malanjum sebagai Hakim Besar Sabah Sarawak yang pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara,” kata Kit Siang seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255194Total visitors:
  • Skip to toolbar