Selamat Ulang Tahun Ke 70 Bakal PM Ke 7 – DS Anwar

August 10, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Hari ini sepatutnya diisytiharkan sebagai cuti umum kerana Ketua Umum Pakatan Harapan merangkap bakal Perdana Menteri jika Najib tumbang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 70 tahun.

Kalau ikut kepada jubli jubli semua ini, Anwar menyambut jubli intannya.

70 tahun mungkin pada pandangan orang, sudah mencecah usia emas atau tua, tapi tidak kepada Anwar.  70 tahun adalah usia yang dianggap masih muda remaja dalam politik.  Tun Mahathir yang sudah berusia 93 tahun pun masih bertenaga begitu juga Lim Kit Siang yang mencecah usia ke 77 tahun tidak lama lagi

Apatah lagi Anwar yang baru berusia 70 tahun.

Begitupun, agak malang sambutan ulang tahun kelahiran Anwar – tidak lama sebelum ulang tahun kemerdekaan negara ke 60, tidak diraikan dengan sepatutnya.

Paling tidak, penjara Kajang tempat Anwar ditahan, perlu mengadakan majlis istimewa bagi meraikan hari lahir bakal Perdana Menteri Malaysia yang ditahan sebagai tahanan politik disitu selama 5 tahun.

Setakat hari ini kita tidak mendengar adanya acara seumpama itu diadakan dan ini mengecewakan rakyat dengan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar