Tanpa Lim Kit Siang, DAP Tetap Menang Besar Di Gelang Patah

August 10, 2017 by Caspian

Category: editor

Beberapa hari lalu, beberapa kain rentang yang dipercayai di pasang oleh ahli-ahli UMNO untuk memburukkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, menjadi viral di laman sosial Facebook.

Dakwa mereka, Lim Kit Siang tidak pernah turun padang di Gelan Patah sejak memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Walhal, menurut pemahaman, Lim Kit Siang ada menghantar wakilnya untuk menguruskan Parlimennya sementara beliau sibuk dengan urusannya di Parlimen.

Menurut perkhabaran terkini, Penasihat Agung DAP itu dikhabarkan akan berpindah ke Parlimen Tanjong, Pulau Pinang bagi membantu mengukuhkan kedudukan DAP di Pulau Pinang. Timbul persoalan, apa nasib Parlimen Gelang Patah kelak setelah beliau berhijrah ke Pulau Pinang.

Menurut sumber dalaman dan penduduk Gelang patah sendiri, tidak akan menjadi sebarang masalah sekiranya Lim Kit Siang berhijrah ke Pulau Pinang. Ini kerana, kedudukan DAP sememangnya sudah cukup kukuh di Parlimen ini memandangkan wakil Lim Kit Siang sendiri begitu bijak menguruskan kawasan ini sepanjang ketiadaan beliau.

Malah, sumber dalaman DAP ini juga menegaskan, penduduk di Gelang Patah yang majoritinya adalah kaum Cina, pasti akan mengundi sesiapa sahaja wakil DAP di sana dan akan memastikan kemenangan besar akan terus menjadi hak mutlak DAP.

Malah, kaum Melayu yanbg merupakan minoriti di Parlimen ini juga akan turut membantu kemenangan DAP disebalik tindakan terdesak beberapa orang kaum Melayu UMNO yang memasang kain rentang bodoh berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar