Laporan: Siasatan Jenayah DOJ Terhadap Dakwaan Salahguna Dana 1MDB

August 11, 2017 by Caspian

Category: politik

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dilaporkan kini melakukan siasatan jenayah ke atas dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.

Bloomberg melaporkan, pegawai DOJ telah meminta seorang hakim di Los Angeles untuk menangguhkan saman sivil untuk merampas aset yang dikatakan dibeli oleh ahli perniagaan Jho Low menggunakan dana berkaitan dengan 1MDB, kerana ini mungkin mempunyai “kesan” terhadap keupayaannya untuk menjalankan siasatan jenayah.

Ini dilapor didedahkan di dalam pemfailan mahkamah pada hari Khamis.

Bloomberg melaporkan lagi bahawa ejen, dalam satu perisytiharan mahkamah, memberi amaran bahawa maklumat yang didedahkan dalam saman sivil boleh mendedahkan “sasaran dan subjek sasaran penyiasatan dan teknik penyiasatan yang telah dan akan digunakan dalam siasatan itu”.

Katanya, pendedahan sedemikian boleh mengakibatkan pemusnahan bukti atau potensi intimidasi terhadap saksi.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas tetapi telah menghubungi DOJ untuk menentukan sejauh mana penyiasatan jenayah itu.

DOJ telah memfailkan tiga saman sivil untuk merampas lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang ia dakwa dibeli menggunakan dana yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB.

Pemfailan itu mendakwa Low telah menjadi individu utama dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1072160Total visitors:
  • Skip to toolbar